Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-3 pada butiran berikut:-
  • Masa : 10.00 pagi
  • Tarikh : 27 Febuari 2011
  • Lokasi : Dewan Kem Temasya Rimba Templer
  • Kod Pakaian : Uniform Lengkap
  • Surat Siaran : Telah dihantar kepada semua pesuruhjaya daerah atau muat turun disini
  • Perasmi : Tn. Hj. Ishak Mohd Joned, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor 

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan kehadiran semua penolong pesuruhjaya daerah tugas khas unit kelana, pemimpin pasukan kelana, ahli jawatankuasa pasukan kelana dan ahli pengakap kelana ke mesyuarat kali ini. Semoga dengan kehadiran pihak tuan dapat menjana idea dalam memantapkan lagi pasukan-pasukan pengakap kelana di Negeri Selangor.

Aturcara Majlis:-
  •  9.45 - Ketibaan Peserta  
  • 10.00 - Ketibaan Jemputan  
  • 10.15 - Negaraku, Persetiaan & Doa  
  • 10.30 - Ucapan Aluan dari Pengerusi Sekretariat  
  • 10.45 - Ucapan Perasmian dari Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri  
  • 11.00 - Jamuan  
  • 11.30 - Mesyuarat Agung 
  • 12.30 - Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung  
  • 1.00 - Bersurai

p/s : Kelana Selangor dijemput hadir bergotong-royong membaik pulih kontena (di belakang pejabat) bermula pagi sabtu 26feb. Makanan disediakan dan boleh menginap di pondok/kem pada malam berkenaan.

:: Dipetik dari laman rasmi SEKRETARIAT KELANA SELANGOR ::

No comments: