Tuesday, August 26, 2008

Sekitar Kembara Kemerdekaan Kelana Gombak 2008


Syabas dan tahniah kepada semua kelana yang terlibat dalam kembara kali ini, hampir 5o peserta dengan 6 kereta dan 12 motorsikal diiringi oleh 1 kereta peronda dan 2 motorsikal dari unit trafik IPD Selangor berkonvoi melalui jalan sekitar Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Kembara kali ini disertai oleh kelana dan pemimpin dari Gombak dan kelana jemputan dari Titiwangsa dan Kuantan.

Kembara kami bermula dengan flag off oleh Tn. DC di SMK Sg.Pusu seawal 10 pagi dan tiba di Felda Sg. Tengi pada pukul 1 tengah hari. Ketibaan kami disambut oleh pegawai felda dan belia Felda Sg.Tengi dengan motorcross mereka dan seterusnya berehat dan mendirikan khemah di padang SRK Sg.Tengi. Pada petangnya kami beramah-mesra bersama pengakap kanak-kanak kumpulan ke-28 Hulu Selangor dan mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama belia Felda Sg.Tengi (kalah 4-2). Malam kami diisi dengan suai kenal dan gelak ketawa sesama peserta.

Kembara diteruskan ke Bukit Melawati selepas majlis penyampaian cenderahati kepada warga Felda Sg.Tengi. Kami menaiki keretapi mini ke puncak Bukit Melawati disamping mengedarkan bendera kepada para pengunjung dan mengambil gambar bersama di rumah api dan meriam (juga bersama lotong). Seterusnya kami bergerak pulang ke Gombak, hujan lebat sepanjang perjalanan pulang dan akhirnya tiba kembali ke SMK Sg.Pusu pada pukul 3 petang. Kepulangan kami disambut oleh Tn. SU dan seterusnya majlis penyampaikan cenderamata kepada unit trafik IPK Selangor dan sedikit jamuan. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua peserta!

*Program Kembara Merdeka di Sinar Harian m/s S4 (25/08/08)