Saturday, August 30, 2008

Selamat Meyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51

Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini. Dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajahan.

Kita sebagai generasi penyambung warisan hendaklah memelihara kemerdekaan ini dengan tekad dan semangat untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air serta menentang segala anasir dan angkara murka.

Akhir kata, hayatilah lirik lagu warisan ini dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-51, Perpaduan Teras Kejayaan...MERDEKA!
-
WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

~Allahyarham Sudirman Hj.Arshad (1954-92)~

Friday, August 29, 2008

Al-Fatihah buat Pak Dollah 9M2DS


Pak Dollah 9M2DS elah menyahut panggilan illahi sekitar 7pm tadi, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Batu Lima dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu selepas sembahyang jumaat hari ini.

Allahyarham adalah seorang yang banyak berjasa kepada pergerakan pangakap dan radio amatur, beliau adalah seorang bekas Pengakap Raja, Station Master setiap kali JOTA diadakan dan pernah menjawat beberapa jawatan dalam MARTS. Allahyarham adalah seorang mentor kepada ramai station radio amatur dan kami amat berbangga menjadi anak didiknya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman... Al-Fatihah

Gambar: Kali terakhir kami bersama Allahyarham ketika bersama menjadi Net Controller Sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia (jumaat malam 22/08/08)

Wednesday, August 27, 2008

Keputusan RAE-1 2008

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada kelana-kelana dan PLD yg berjaya dalam RAE 2008-1 seperti yang tertera diatas. Kepada mana2 kelana yang tidak berjaya jangan putus asa dan cuba lagi di RAE pada bulan 12 nanti. Ahli kelana dan PLD gombak yang lain tunggu apa lagi? Mari kita meramaikan lagi ahli ham dalam PPMDG.

Tuesday, August 26, 2008

Sekitar Kembara Kemerdekaan Kelana Gombak 2008


Syabas dan tahniah kepada semua kelana yang terlibat dalam kembara kali ini, hampir 5o peserta dengan 6 kereta dan 12 motorsikal diiringi oleh 1 kereta peronda dan 2 motorsikal dari unit trafik IPD Selangor berkonvoi melalui jalan sekitar Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Kembara kali ini disertai oleh kelana dan pemimpin dari Gombak dan kelana jemputan dari Titiwangsa dan Kuantan.

Kembara kami bermula dengan flag off oleh Tn. DC di SMK Sg.Pusu seawal 10 pagi dan tiba di Felda Sg. Tengi pada pukul 1 tengah hari. Ketibaan kami disambut oleh pegawai felda dan belia Felda Sg.Tengi dengan motorcross mereka dan seterusnya berehat dan mendirikan khemah di padang SRK Sg.Tengi. Pada petangnya kami beramah-mesra bersama pengakap kanak-kanak kumpulan ke-28 Hulu Selangor dan mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama belia Felda Sg.Tengi (kalah 4-2). Malam kami diisi dengan suai kenal dan gelak ketawa sesama peserta.

Kembara diteruskan ke Bukit Melawati selepas majlis penyampaian cenderahati kepada warga Felda Sg.Tengi. Kami menaiki keretapi mini ke puncak Bukit Melawati disamping mengedarkan bendera kepada para pengunjung dan mengambil gambar bersama di rumah api dan meriam (juga bersama lotong). Seterusnya kami bergerak pulang ke Gombak, hujan lebat sepanjang perjalanan pulang dan akhirnya tiba kembali ke SMK Sg.Pusu pada pukul 3 petang. Kepulangan kami disambut oleh Tn. SU dan seterusnya majlis penyampaikan cenderamata kepada unit trafik IPK Selangor dan sedikit jamuan. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua peserta!

*Program Kembara Merdeka di Sinar Harian m/s S4 (25/08/08)

Thursday, August 21, 2008

Kembara Kemerdekaan Kelana PPM Daerah Gombak 2008

Tarikh: 23-24/08/08
Laluan: Gombak-Hulu Sgor-Kuala Sgor-Gombak
Aktiviti: xtvt kemasyarakatan di Kg. Sg. Tengi
Penyertaan: Warga PPM Gombak dan jemputan
Pelepasan: Flag off oleh DC di SMK Sg. Pusu sabtu (0930)
Taklimat: persiapan kenderaan&persembahan pada jumaat (2000) di Bilik Gerakan Belia Gombak

Wednesday, August 20, 2008

Majlis Pelancaran Setem 100 tahun Kepengakapan Malaysia




Sekitar Majlis Pelancaran Setem 100 tahun Kepengakapan Malaysia yang diadakan di BP House pada 14 Ogos 2008 dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Wee Jeck Seng bersama Ketua Pengakap Negara Datuk Seri Shafie Salleh.

Sampul surat hari pertama dan setem 30&5osen pengakap dilancarkan dan dijual oleh wakil Pos Malaysia dan lencana 100 tahun pengakap malaysia dijual di kedai pengakap Zonice Rovers.

Pameran bahan koleksi pengakap diadakan oleh Kelana IbuPejabat dan pameran Radio Amatur PPM (9M2PPM) diadakan oleh Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat (9M2ZNM&9M2RT) dan tidak lupa juga persembahan mantap dari Band Pengakap B'Minor.

Friday, August 8, 2008

Salam Pengakap, Selamat Menyambut 100 Tahun Pengakap Malaysia


Salam Perdana, Salam Pengakap dan Selamat Meyambut 100 Tahun Pengakap Malaysia!

Syukur ke hadrat illahi, akhirnya blog ini selamat diterbitkan dan insyaallah akan sentiasa dikemaskini dalam menyahut seruan Tn.DC untuk setiap Pasukan Kelana Daerah Gombak mempunyai laman web/blog sendiri. Semoga kewujudan blog ini dapat memberi informasi berkenaan dunia pengakapan kepada Krew Pengakap Kelana F Gombak khususnya dan semua pengakap amnya. Oleh itu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dari semua pihak khususnya rakan-rakan Kelana Gombak, PPM Daerah Gombak, AmateuRomeo dan semua yang pihak terlibat dalam penerbitan blog ini. Jika ada sebarang informasi dan bahan untuk dikongsi bersama, sila email ke kelanafgombak[at]gmail[dot]com

Sekali Berpengakap Terus Bepengakap dan Sedia Berkhidmat.

Khairul Faizal (9W2FRR)
Moderator / Pen. Ketua Krew
Krew Pengakap Kelana F (Fox Rovers)

PPM Daerah Gombak
Selangor Darul Ehsan