Monday, December 29, 2008

Sekitar Pertandingan Membina Ran PPM Sepang di Bagan Lalang






lagi gambar disini

Salam Maal Hijrah 1430H

"Menjana Ummah Gemilang"
Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam dari kami warga Fox Rovers.
~1 Muharram 1430H~

Al-Fatihah buat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan bekas DYMM Yang Dipertuan Agong ke-10. Semoga roh baginda dicucuri rahmatNya, Al-Fatihah

Wednesday, December 24, 2008

Thursday, December 18, 2008

FORUM PPMDG

FORUM PPMDG diwujudkan bertujuan untuk memberi informasi dan bertukar-tukar pendapat tentang dunia pengakap khususnya di Daerah Gombak dan Malaysia amnya. Forum masih dalam peringkat pengujian dan insyaallah akan dilancarkan sebelum tahun baru 2009. Diharapkan rakan Krew Fox Rovers dapat mendaftarkan diri di FORUM PPMDG untuk proses penambahbaikan dan maklum balas sebelum ianya dilancarkan.

Wednesday, December 17, 2008

Selamat Menduduki RAE 2008-2

Selamat menduduki peperiksaan kpd semua calon-calon RAE terutama kpd Pemimpin Kelana F Gombak, Tn.Rosnizam serta rakan PPM Gombak, Shahrul, Niza, Johar dan semua calon RAE2008-2. Selamat berjuang kpd semua...73!

Sunday, December 14, 2008

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru diucapkan buat Sdr. Hashim yang telah melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 14 Dis 2008 di Taman Ehsan, Kepong. Kami di Fox Rovers mengucapkan selamat pengantin baru dan berkekalan bahagia hendaknya.

Tuesday, December 9, 2008

Bengkel Persediaan RAE 2008-2

Krew Kelana Komunikasi Ibupejabat PPM akan mengadakan Bengkel Persediaan RAE pada butiran berikut:-

Tarikh: 11/12/2008 (cuti sempena hari kebesaran Sultan Selangor)
Masa: 9.30am -5.30pm
Lokasi: BP House

Bayaran: RM10 (makan and nota)

Kepada yang berminat sila sahkan penyertaan kepada 9W2FRR(Khairul) 0193303809 atau 9W2OZZ(Sha) 0133185656 secepat mungkin kerana tempat adalah terhad. Sila bawa alat tulis dan kalkulator ke bengkel.

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1429H

Friday, December 5, 2008

Pertandingan Kemahiran PPM Sepang

PPM Daerah Sepang akan mengadakan pertandingan kemahiran membina ran / pondok diatas pokok pada butiran berikut:

Tarikh: 26-29/12/2008
Lokasi: Kem Pengakap Daerah Sepang, Bagan Lalang
Yuran: RM100 sepasukan (8 orang)

Kepada krew yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh memberi nama kpd S/U sebelum 20/12/08.

Wednesday, December 3, 2008

Perkhemahan Muhibah Kelana Gombak

Kelana Gombak akan mengadakan satu perkhemahan muhibah hujung tahun pada butiran berikut,

Tarikh: 20-21/12/2008
Lokasi: Air Terjun Serendah
Bayaran: RM10 (kepada bendahari)
XTVT: 3M=Makan,Mandi&Mancing!

Tujuan perkhemahan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara Kelana2 Gombak dan merangka xtvt & program untuk tahun 2009. Sila sahkan kehadiran sebelum 14/12/2008. Semua krew dijemput hadir.

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru diucapkan buat Sdr.Zulfadli (Cikgu Mat) yang telah melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 29 Nov 2008 di Temerloh, Pahang. Kami di Fox Rovers mengucapkan selamat pengantin baru dan berkekalan bahagia hendaknya.

Friday, November 21, 2008

Sekitar Jambori Antarabangsa Johor 2008

Menara jambori setinggi 40meter
Kontijen Selangor
Lawatan ke Tanjung Piai
Business Masyhuk Beb
Bersama Pramuka
Bersama Kontijen Selangor
Kelana Selangor (Gombak+Sepang)
Kelana Selangor Paintball Team
Jambori Antarabangsa Johor sememangnya menarik, mempunyai menara perasmianya yang tersendiri yang diberi nama Menara Pengakap Tanjung Laboh setinggi 40M. Gambar menara dan lain2 aktiviti akan dimuat naik kemudian.
Jambori akan datang = Rovermoot Kuantan April 2009 dan Jambori Serawak&Melaka Mei 2009

Friday, October 17, 2008

Jamuan Aidilfitri Kelana Gombak

Kelana Gombak akan mengadakan Jamuan Aidilfitri pada butiran berikut:-

Masa: 8pm
Tarikh: 21 Oktober 2008
Alamat: Teratak Tn. Sahrom, Batang Kali

Semua rakan Krew Kelana Gombak dijemput hadir.

Friday, October 10, 2008

Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2008-2)

SKMM akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2008-2) pada 17 Disember 2008. Untuk notis dan borang permohonan menduduki peperiksaan, sila klik pautan berikut:-

Notis Peperiksaan Radio Amatur 2008-2
RAE 2008-2 Notification (English)
RAE 2008-2 Examination Application Form

Tarikh tutup permohonan : 24 Oktober 2008

Wednesday, October 8, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri

Saudara Zuhaimi akan mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada butiran berikut:-

Masa: 12-6pm
Tarikh: 18 Oktober 2008
Alamat: No.16, Jln SU39, Tmn Selayang Utama, Batu Caves

Semua rakan Krew Kelana Gombak dijemput hadir.

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Salam Lembaran, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin dari warga Krew Kelana F Gombak kepada semua muslimin dan muslimat.

Sunday, September 28, 2008

51st World JOTA / 12th JOTI 2008

Jamboree On The Air (JOTA) ke-51 dan Jamboree On The Internet (JOTI) ke-12 akan diadakan pada butiran berikut:-

Tarikh: 18 - 19 Oktober 2008
Anjuran: KERAP Sungai Besar (9M4CSB)
Lokasi: Station JOTA Negeri Selangor, SMK Seri Bedena, Sungai Besar, Selangor
Callsign: 9M1CSB

Pendaftaran JOTI sudah dibuka, sila berdaftar di laman web JOTI dan Muat turun circular JOTA/JOTI 2008 di laman web WOSM. JOTA/JOTI akan disertai hampir setengah juta pengakap dan pandu puteri dari seluruh dunia dan Laporan JOTA 2007 serta Fakta JOTA boleh di layari di laman web JOTA Library.

Saturday, September 27, 2008

Jambori Antarabangsa Johor 2008

Jambori Antarabangsa Johor akan diadakan pada butiran berikut:-

Penganjur : PPM Negeri Johor
Tarikh : 15 - 20 November 2008
Lokasi : Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor
Pendaftaran : RM70 (petugas jambori) termasuk makan dan skraf, sijil & etc
Borang :
muat turun dan hantar sebelum 1 Oktober 2008 kpd Tn.Sharom

Kepada krew yang berminat untuk menjadi petugas jambori, sila hubungi Sdr. Hasri (017-6060336) untuk sebarang info dan pendaftaran. Surat jemputan jambori dan pelepasan majikan akan diedarkan kepada krew yang berminat sahaja.

Wednesday, September 17, 2008

Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1429H

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(al-‘alaq:1-5)

Tuesday, September 16, 2008

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 45

16 September 1963 ~ 16 September 2008

MALAYSIA BERJAYA

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

MALAYSIA TANAH AIRKU

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurus terbentang
Tak jemu mata ku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku

"Besekutu Bertambah Mutu"

Friday, September 12, 2008

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Bersama Masyarakat

Satu program gotong royong memasak bubur lambuk bersama masyrakat akan di adakan pada butiran berikut:-

Tarikh: 14-09-2008(Ahad)

Tempat: Padang bola sepak Taman Samudera
Masa: 11.00 pagi
Pakaian: baju merah korobori

Semua Krew Kelana F diharap dapat turun memberi kerjasama utk menjayakan program ini, sebarang pertanyaan sila hubungi sdr.Fahmi.

Thursday, September 11, 2008

Majlis Berbuka Puasa Di Balai Adat

Satu majlis berbuka puasa akan dianjurkan oleh Majlis Sandang Sembilan, Silat Seni Cula Simanjakini di Balai Adat Taman Ehsan.

Tempat: Balai Adat Taman Ehsan

Tarikh: 13 September 2008
Masa: 6.00 petang

Semua Krew Kelana F dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis.

Friday, September 5, 2008

Majlis Berbuka Puasa dan Doa Selamat Kelana Gombak

Majlis Berbuka Puasa dan Doa Selamat Kelana Gombak akan diadakan pada butiran berikut:-

Masa: 6.00pm
Tarikh: 6/9/08 (sabtu)
Lokasi: Balai Adat, Taman Ehsan, Kepong

Semua rakan-rakan Krew Kelana dan warga PPM Gombak dijemput hadir.

Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1429H

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi, bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia tahun ini. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa dan beramal kepada semua warga Kelana F Gombak di bulan Ramadan dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

~Sahur, 1 Ramadhan 1429H~

Saturday, August 30, 2008

Selamat Meyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51

Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini. Dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajahan.

Kita sebagai generasi penyambung warisan hendaklah memelihara kemerdekaan ini dengan tekad dan semangat untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air serta menentang segala anasir dan angkara murka.

Akhir kata, hayatilah lirik lagu warisan ini dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-51, Perpaduan Teras Kejayaan...MERDEKA!
-
WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

~Allahyarham Sudirman Hj.Arshad (1954-92)~

Friday, August 29, 2008

Al-Fatihah buat Pak Dollah 9M2DS


Pak Dollah 9M2DS elah menyahut panggilan illahi sekitar 7pm tadi, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Batu Lima dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu selepas sembahyang jumaat hari ini.

Allahyarham adalah seorang yang banyak berjasa kepada pergerakan pangakap dan radio amatur, beliau adalah seorang bekas Pengakap Raja, Station Master setiap kali JOTA diadakan dan pernah menjawat beberapa jawatan dalam MARTS. Allahyarham adalah seorang mentor kepada ramai station radio amatur dan kami amat berbangga menjadi anak didiknya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman... Al-Fatihah

Gambar: Kali terakhir kami bersama Allahyarham ketika bersama menjadi Net Controller Sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia (jumaat malam 22/08/08)

Wednesday, August 27, 2008

Keputusan RAE-1 2008

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada kelana-kelana dan PLD yg berjaya dalam RAE 2008-1 seperti yang tertera diatas. Kepada mana2 kelana yang tidak berjaya jangan putus asa dan cuba lagi di RAE pada bulan 12 nanti. Ahli kelana dan PLD gombak yang lain tunggu apa lagi? Mari kita meramaikan lagi ahli ham dalam PPMDG.

Tuesday, August 26, 2008

Sekitar Kembara Kemerdekaan Kelana Gombak 2008


Syabas dan tahniah kepada semua kelana yang terlibat dalam kembara kali ini, hampir 5o peserta dengan 6 kereta dan 12 motorsikal diiringi oleh 1 kereta peronda dan 2 motorsikal dari unit trafik IPD Selangor berkonvoi melalui jalan sekitar Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Kembara kali ini disertai oleh kelana dan pemimpin dari Gombak dan kelana jemputan dari Titiwangsa dan Kuantan.

Kembara kami bermula dengan flag off oleh Tn. DC di SMK Sg.Pusu seawal 10 pagi dan tiba di Felda Sg. Tengi pada pukul 1 tengah hari. Ketibaan kami disambut oleh pegawai felda dan belia Felda Sg.Tengi dengan motorcross mereka dan seterusnya berehat dan mendirikan khemah di padang SRK Sg.Tengi. Pada petangnya kami beramah-mesra bersama pengakap kanak-kanak kumpulan ke-28 Hulu Selangor dan mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama belia Felda Sg.Tengi (kalah 4-2). Malam kami diisi dengan suai kenal dan gelak ketawa sesama peserta.

Kembara diteruskan ke Bukit Melawati selepas majlis penyampaian cenderahati kepada warga Felda Sg.Tengi. Kami menaiki keretapi mini ke puncak Bukit Melawati disamping mengedarkan bendera kepada para pengunjung dan mengambil gambar bersama di rumah api dan meriam (juga bersama lotong). Seterusnya kami bergerak pulang ke Gombak, hujan lebat sepanjang perjalanan pulang dan akhirnya tiba kembali ke SMK Sg.Pusu pada pukul 3 petang. Kepulangan kami disambut oleh Tn. SU dan seterusnya majlis penyampaikan cenderamata kepada unit trafik IPK Selangor dan sedikit jamuan. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua peserta!

*Program Kembara Merdeka di Sinar Harian m/s S4 (25/08/08)

Thursday, August 21, 2008

Kembara Kemerdekaan Kelana PPM Daerah Gombak 2008

Tarikh: 23-24/08/08
Laluan: Gombak-Hulu Sgor-Kuala Sgor-Gombak
Aktiviti: xtvt kemasyarakatan di Kg. Sg. Tengi
Penyertaan: Warga PPM Gombak dan jemputan
Pelepasan: Flag off oleh DC di SMK Sg. Pusu sabtu (0930)
Taklimat: persiapan kenderaan&persembahan pada jumaat (2000) di Bilik Gerakan Belia Gombak

Wednesday, August 20, 2008

Majlis Pelancaran Setem 100 tahun Kepengakapan Malaysia




Sekitar Majlis Pelancaran Setem 100 tahun Kepengakapan Malaysia yang diadakan di BP House pada 14 Ogos 2008 dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Wee Jeck Seng bersama Ketua Pengakap Negara Datuk Seri Shafie Salleh.

Sampul surat hari pertama dan setem 30&5osen pengakap dilancarkan dan dijual oleh wakil Pos Malaysia dan lencana 100 tahun pengakap malaysia dijual di kedai pengakap Zonice Rovers.

Pameran bahan koleksi pengakap diadakan oleh Kelana IbuPejabat dan pameran Radio Amatur PPM (9M2PPM) diadakan oleh Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat (9M2ZNM&9M2RT) dan tidak lupa juga persembahan mantap dari Band Pengakap B'Minor.