Thursday, July 29, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Bahagian 1 (Unit Kelana)

Pasukan Latihan Pengakap Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Bahagian 1 Unit Kelana pada butiran berikut:-
  • Tarikh : 30 Julai - 1 Ogos 2010
  • Pendaftaran : 3 - 6 petang pada 30hb
  • Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer
  • Yuran : RM40
Pemimpin dan Kelana yang berumur 25 tahun keatas dan telah menghadiri Kursus Manikayu Peringkat 1 (Sistem Baharu) atau Modul B atau C (Sistem Modular) atau Peringkat 2 Asas atau 4A Amali (Sistem Lama) adalah digalakkan untuk menghadiri kursus kali ini kerana selepas 31 Disember 2010 semua sijil manikayu sistem modular dan sistem lama tidak lagi di terima untuk pencalonan manikayu.

p/s : Sila bawa buku log, tali, tongkat & life jacket

Thursday, July 22, 2010



Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor telah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti di Kempori Pengakap Kelana Negeri Selangor pada butiran berikut:-
  • Tarikh : 24-25 Julai 2010
  • Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer
  • Bayaran : RM5 (termasuk makan & lencana)
  • Taklimat Aktiviti : 10.00 malam 23 Julai 2010
Sehubungan dengan itu, diminta kepada kelana yang ingin untuk berkhidmat sebagai urusertia aktiviti dapat memberi nama melalui AJK daerah kepada ketua aktiviti En. Sahrom Jaafar di talian 016-6076460 sebelum jumaat malam dan wajib menghadiri taklimat aktiviti.

Tuesday, July 13, 2010

Program Membina Pondok Kekal Pengakap Kelana Negeri Selangor 2010

Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan program membina pondok kekal pada butiran berikut:-
  • Tarikh : 17 & 18 Julai 2010 (boleh masuk kem pada 9.00 malam 16 Julai 2010)
  • Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer
  • Surat Siaran : Muat turun disini
Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak tuan membawa peralatan pembinaan seperti gergaji, tukul, gerudi mesin, gergaji mesin dan apa jua peralatan yang difikirkan perlu. Segala perbelanjaan bahan pembinaan dan makanan peserta program akan diuruskan oleh pihak Majlis Pengakap Negeri Selangor.

Sekretariat juga akan mengadakan mesyuarat persediaan untuk aktiviti kempori selangor pada 9.00 malam 17 Julai 2010 di Kem Templer. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pengerusi sekretariat En. Sahrom Jaafar di talian 016-6076460.

Semua pengakap kelana selangor dijemput hadir.